Kenali Guru Bimbingan


Anuar bin Ibrahim dilahirkan pada tanggal 10 Mei 1982 di Pekan Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Temai Pekan Pahang. Seterusnya menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai Pekan. Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau meneruskan pengajian Diploma dalam bidang Pengurusan Teknologi (Perakaunan) di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur selama 3 tahun. Keinginan yang tinggi untuk menambah pengetahuan mendorong beliau terus menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia di Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor. Dengan berbekalkan sedikit ilmu, beliau menimba pengalaman dengan bertugas di AEON Co. (M) Bhd sebagai Ketua Seksyen di Baby & Kids Department selama 2 tahun. Menyedari minatnya terhadap bimbingan kanak-kanak mendorong beliau menyambung pengajian pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dalam bidang bimbingan dan kini bertugas sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah Ampang Selangor.

No comments:

Post a Comment